Dream Big, with BigPay! : TOKYO - PILIHAN KU





Dream Big, with BigPay!

Buka - buka email terlihat contest ni, terasa ingin mencuba nasib, menang kalah lain cerita, yang penting nak bagitau semua yang Big Dream saya dari kecil sampai sekarang ingin menjejak kaki ke Tokyo..






Kenapa saya pilih Tokyo?? 
Tokyo  hmmm.. bukan senang nak pergi kos tinggi, tapi kalau BigPay belanja confirm Big Dream become reality.


Sebab utama saya pilih Tokyo ialah sebab kepesatan teknologi diorang yang membuatkan saya kagum dan teringin ingin kesana melihat sendiri Bandar Tokyo yang membangun pesat.
dan Di Tokyo banyak tempat menarik yang saya ingin lawati antaranya seperti :


Shinjuku Gyoen National Garden
Taman tradisional yang tertua di Jepun


Kat sini kalau dapat pergi waktu musim sakura, .
lawa beb, Bayangkan bunga -bunga sakura jatuh berguguran, Tu belum lagi layan musing luruh, bunga kat taman ni berubah menjadi kuning keemasan, memang cantik meleleh... 



Impian kena besar, perlu ada usaha untuk cuba sedaya upaya kejar apa yang kita impikan,
akan ada jalannya nanti #DreamBig #BigPay

----------------------------------------------------------

Shibuya 
Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan
 Shibuya kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia


Teringin nak pergi sini, nikmati kesibukan bandar Shibuya Tokyo, arghh.. 
Jalan-jalan sambil shopping di bandar Shibuya nie..
shopping nanti bayar je guna BigPay paywave
Exchange rate paling rendah 👍👍



-----------------------------------------------

Gunung Fuji 
Gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft)
Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

Kelima - lima tasik ni kalau sempat saya teringin nak pergi.. 😆




Menghayati permandangan Gunung Fuji Yang gah meninggi,
memang heaven, kalau dapat kesini..
dengan suasana, cuaca, semangat, budaya.. Kenangan seumur hidup.!
Mengoda hatiku...


-----------------------------------------------------

Tokyo Skytree
Menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. 
Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. 




Lepak kat Tokyo Skytree ni, hayati pemandangan bandar Tokyo..
hmm.. indah..!!


Menara KLCC dah naik dah, Tokyo Skytree bila lagi??


Terdapat dua dek pemerhati di menara Tokyo Skytree ni iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.


-------------------------------------------

Shinjuku - Roppongi - Ueno -  Akihabara 

Selain tu banyak lagi lah tempat - tempat menarik saya nak pergi, macam bandar ShinjukuStesen keretapi kat Shinjuku ni merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. dapat cuba naik sekali jadi lah..
Roppongi pulak tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Disini juga tarikan utamanya ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.
- -
Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum serta Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.
Akihabara pula terkenal dengan pelbagai kedai elektronik dan  syurga anime dan manga.


------------------------------------------

saya hanya mampu DreamBig BigPay, membuka satu ruang untuk saya mencapai impian besar saya ke Tokyo..

" Hi Tokyo "
 " Kalau ada rezeki, jumpa lah nanti kita ye.."

adios.. :)






0 Comment:

 

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!